Saturday, September 5, 2009

CHAIRMAN STEVICO MALAYSIA & ASEAN


ERA PERUBAHAN, BUAT SEKETIKA,
UNTUK KEHIDUPAN DAN KEINDAHAN


Saya diminta untuk menuliskan pandangan saya, serta arah tuju dan bagaimana saya hendak memimpin syarikat ini ke peralihan yang berikutnya. Buat permulaan, saya ingin memaparkan petikan ini dengan cara bersahaja dan saya memohon maaf seandainya terdapat kata-kata atau ungkapan yang tidak sesuai. Kita tidak mungkin bersedia apabila disoal dengan sedemikian kerana jawaban kepada pertanyaan seumpama ini datangnya dari hati. Saya tidak pasti bagaimana saya hendak menitipnya ke dalam bicara. Barangkali memadai seandainya membiarkan jari-jari menulis, hati pula berfikir dan minda saya sekadar merinci butiran.


Tawaran kami benar-benar unik, malah boleh dikatakan sebagai sesuatu yang revolusi, dalam erti kata lain Stevico Direct melambangkan risiko yang rendah, senang, urusan yang ringkas serta mudah difahami dan yang paling penting, pengisian dan keseronokan yang mana unsur ini tiada pada yang lain. Saya rasa itulah keunikan tawaran Stevico kepada semua dan setiap orang.


Kita telah menempuh pelbagai cabaran sebagai sebuah entiti korporat. Saya percaya bahawa arah perjalanan kita menepati tujuan dan kita kini berada di peringkat yang mana keperluan untuk terus maju ke tahap yang berikutnya adalah sesuatu yang telah ditakdirkan. Kita telah membekalkan para konsumer kita dengan produk kesihatan dengan penuh keyakinan. Apa yang telah kita sediakan kini menepati standard yang boleh saya banggakan. Walaubagaimanapun ini tidak memberikan kita penyelesaian terbaik kepada sesebuah kejayaan; kerana bagi saya ia sekadar memberikan kita kelebihan yang kompetitif. Pandangan saya adalah seperti berikiut : Kekuatan kita adalah maklumat serta tahap persediaan, matlamat kita adalah mencipta detik-detik kompromi. Kita perlu memahami segala yang berlaku agar memiliki kelebihan, benar, ramai yang mengatakan bahawa keuntungan sangat mustahak, tetapi kita beruntung kerana tidak perlu memikirkan soal itu buat masa ini, kerana perhatian kita masih tertumpu kepada prestasi pencapaian. Adalah sangat penting bagi kita untuk mengenali setiap peserta pasaran, prestasi dan masalah mereka serta berusaha untuk belajar dari pencapaian serta kejayaan mereka.


Perlaksanaan peranan yang diberikan kepada kita sebagai pemimpin syarikat adalah sesuatu yang mustahak, kita harus menjalankan tugas dengan ikhlas serta mencapai matlamat menerusi cara yang bertanggungjawab. Kita mesti sedar bahawa kedudukan kita tercapai menerusi hirarki pentadbiran serta rangkaian yang tersedia. Tugas mereka adalah untuk berkembang dan pertumbuhan ini mesti disertai dengan kefahaman yang munasabah. Kita tidak boleh bersikap sombong atau mengangkat diri. Kita perlu menerima teguran dengan penuh rasa tanggungjawab sebagaimana yang sering diucapkan kepada saya oleh Mantan Presiden kita, Dr. Kobayashi, ” Hidup adalah suatu cabaran, marilah kita menyahut seruannya. ”


Pada pandangan saya, Booklet 2009/10 yang anda baca ini adalah kisah perjalanan kita, juga mengenai hari silam, waktu sekarang serta masa depan kita bersama. Kisah kita sesuatu yang mudah, ianya adalah mengenai usaha yang kita lakukan bersama serta ikatan persahabatan yang erat di antara kita. Kita telah mengalami saat penemuan diri yang hakiki dan kenyataan yang seakan bukan realiti secara bersama. Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna dan barangkali demikianlah cara kehidupan mengajar kita. Perjalanan ini menyatukan kita demi membina kepercayaan sesama kita dan untuk semua. Kita pasti mengsyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada kita dan pada masa yang sama mempunyai apresiasi terhadap segala yang tiada dan sebab ketiadaanya. Ini adalah kerana ” Keistimewaan Hidup Adalah Keupayaan Kita Mengubahnya Agar Menjadi Lebih Indah. ” saya rasa demikianlah kekuatan Stevico dan suatu komitmen yang adil.


DR. KEITH NG

CHAIRMAN STEVICO MALAYSIA & ASEAN






1 comment:

  1. SUPER LUTEIN & IZUMIO achieved NO 1 selling products for the year 2008. Visit www.nplusmy.info for more details & don't miss it:)

    ReplyDelete