Saturday, September 5, 2009

FOUNDER G.E.C

Slide 2
oSEGUNUNG EMAS

Dalam suasana kegawatan ekonomi yang di hadapi oleh Negara ketika ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Justeru, saya terpanggil untuk memimpin sebuah organisasi GOLDEN EYE’s CLUB ( GEC ) untuk mengambil inisiatif menggerakkan aktiviti ekonomi dengan menganjurkan PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s ( PUGE ) sebagai satu usaha bagi membantu negara menangani masalah ini amnya dan meringankan beban masyarakat khasnya.

PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’S ( PUGE ) dengan KONSEP PERKONGSIAN BIJAK adalah suatu cara yang membolehkan anda memulakan dan menjalankan perniagaan bersama-sama serta berkongsi ILMU DAN PERNIAGAAN.
Selain daripada menimba ilmu-ilmu keusahawanan, disamping menjalani latihan perniagaan, anda juga berpeluang membina rangkaian perniagaan.

UNIKnya, di dalam PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s ( PUGE ), anda akan menyedari terwujud suatu perniagaan di dalam perniagaan yang membolehkan anda menikmati pelbagai faedah dengan percuma pada masa hadapan.

Usahawan DINAMIK pula adalah mereka yang proaktif, inovatif, kreatif, produktif serta berkemampuan untuk mencipta dan melaksanakan sesuatu dengan jayanya. Mereka juga berkebolehan untuk melihat mengenalpasti dan merebut peluang-peluang perniagaan, seterusnya menterjemahkan peluang-peluang tersebut untuk memaksimumkan keuntungan serta faedah ekonomi.

Keseluruhannya, PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s ( PUGE ) yang dianjurkan adalah suatu PROSES PEMBANGUNAN INSAN yang merupakan penyelesaian total ke arah keusahawanan. Ia memberi jalan keluar atau sebuah gelanggang bagi menimba ilmu, membuka minda, membentuk jaringan, synerji, kombinasi dan meminimakan risiko selain keselesaan dan sokongan.

Dan akhirnya ia mewujudkan seorang Usahawan Profesional, cemerlang, jutawan sebenar yang beriman dan bertaqwa, mempunyai imej, keperibadian, kuasa serta kebebasan.

YDP MOZAID MD. DIN
FOUNDER GOLDEN EYE's CLUB







No comments:

Post a Comment