Saturday, September 5, 2009

FOUNDER STEVICO


A TRUE TO NATURE STORY


Pengalaman yang dialaminya sewaktu menjadi penuntut Universiti di Perancis menjadi inspirasi kepada Dr. Kobayashi untuk menghidupkan semula tradisi warisan di negara angkatnya itu. Dia telah membeli sebuah mesin pengekstrak peninggalan zaman yang dijanakan dengan tenaga stim dan menggunakannya untuk menuai buah beri liar, seterusnya menghasilkan pati cecair beri cerakin yang mengandungi ekstrak pigmen berkepekatan tinggi, kini terkenal sebagai ” Wild Berry Anthocyanin ”. Dr. Kobayashi kemudian menjual ekstrak beri asli ini di pasar tempatan untuk membiayai pengajian serta penyelidikan yang bakal dilakukannya. Keluaran semulajadi tersebut telah mendapat sambutan masyarakat tempatan dan menjadi titik permulaan jenama Stevico yang diasaskan oleh Dr. Kobayashi.


Jika anda bersiar-siar di Tanah Tinggi Tamba yang terletak di kawasan perbandaran Kyoto ( tempat kelahiran Dr. Kobayashi ) anda pasti terpesona menyaksikan keseimbangan sempurna di antara pelbagai warna, haruman serta keindahan alam semulajadi bumi Tamba yang sejahtera. Setiap hari penduduk Tambameraikan cara hidup mereka yang damai serta tanah mereka yang kaya dan subur. Kekayaan, kesuburan serta keindahan bumi kelahirannya itulah yang cuba disampaikan oleh Dr. Kobayashi di dalam setiap formula yang dihasilkannya untuk produk-produk kami. Kini, setelah lebih 3 dekad, bumi sejahtera di selatan Tamba kekal sebagai inspirasi tunggal untuk semua produk Stevico yang merangkumi santapan Nutrien badan, penjagaan kesihatan untuk lelaki dan perempuan serta produk kebersihan dan perapian rumah yang dicipta khusus untuk kediaman moden.


Sekembalinya ke Jepun pada awal tahun 1970an, Dr. Kobayashi bercita-cita untuk menyelesaikan krisis gula yang berlaku secara global pada ketika itu dengan memperkenalkan pemanis semulajadi bergelar Stevia kepada dunia. Untuk melunaskan harapan itu, dia menubuhkan sebuah syarikat Stevi & Co. Ltd. yang mengadunkan kaedah pengekstrak barat dengan ramuan kesihatan Jepun. Nama yang dipilihnya untuk syarikat tersebut berasal dari Stevia, sejenis tumbuhan manis yang dahulu kala meliputi bumi Paraguay dan Brazil. Pada awal kurun ke 21, nama Stevi & Co. Ltd. telah ditukar kepada Stevico Direct Global untuk mencerminkan perkembangan syarikat di dalam pasaran dunia dan pada masa yang sama selaku penghormatan kepada pengasasnya dan falsafah asal syarikat untuk menggunakan kaedah pengeluaran tradisional bersama ramuan terbaik dari alam semulajadi demi menghasilkan produk berkualiti untuk semua.


Kejayaan Dr. Kobayashi memperkenalkan Stevia telah mencetuskan pertumbuhan pesat jenama Stevico. Pada pertengahan tahun 1980an, Dr. Kobayashi kembali mengembara setelah mendapat tahu mengenai sebuah perkampungan di Rusia yang penduduknya mempamerkan tahap kolestrol yang sangat baik meskipun pada peringkat umur yang lanjut. Pengembaraan Dr. Kobayashi berlangsung selama 3 tahun dan membawanya ke lembah Yenisai di Siberia Tengah, dimana dia mendapati para penduduk tempatannya memakan jumlah fiber yang banyak daripada sejenis gandum yang tumbuh liar beserta dengan resin pohon Larch di dalam Diet mereka.


Dr. Kobayashi begitu berminat untuk memperkenalkan penemuan terbarunya itu kepada dunia setelah menemui kaitan diantara gandum liar dan pain pohon Larch.

Dia kemudiannya menubuhkan sebuah Koperasi Peladang dengan bantuan rakan-rakannya yang bertujuan untuk menuai kedua-dua ramuan ini menggunakan kaedah tradisional. Kini kombinasi Fiber ini terkenal ke Seantero Dunia sebagai Stevico Cholest Control Fiber dan khasiat fiber ini diiktiraf oleh Persatuan Kanser Amerika, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika, Persatuan Jantung Amerika dan Persatuan Diabetes Amerika.


DR. KOBAYASHI

FOUNDER STEVICO




No comments:

Post a Comment